Wednesday 13 April 2016

Jejak Alumni KKSB

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
ramai orang berpandang rendah kepada lepasan dari kolej komoniti.namun realetinya sudah ramai lepasan kolej komoniti kini, telah menjadi usahawan yang berjaya.

Antara contoh usahawan yang kami jejaki ialah  Muhammad Amirol Asraf bin zulkifli yang kini berusia baru sahaja 27 tahun(2016) yang berasal dari Pertaling Jaya .Beliau kini sudah berumah tangga dan kini sudah mempunyai dua cahaya mata.Beliau kini mempunyai syarikatnya iaitu "IDEA MASTER HOLDINGS".jom kita mendalami lagi kisah beliau..

Taraf pendidikan beliau:
bermula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya.Apabila meningkat sekolah menengah,beliau bersekolah  di Sekolah Menengah Bandar Sunway.Dan seterusnya beliau bersambung pelajarannya di Kolej Komoniti Sabak Bernam dalam bidang Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan..(2008-2009)


Pada mulanya beliau tidak mempunyai syarikat sendiri.Namun,semasa beliau belajar di Kolej Komoniti Sabak Bernam pada semester 4 iaitu semester akhir,beliau hanya melakukan perniaggan online 100% dengan menggambil order baju t-shirt printing dari pelanggan dan order ke kilang dan hantar ke pelanggan.

pada tahun 2010 Selepas kovokesyen, beliau cuba mohon pekerjaan dengan menggunakan sijil beliau.Namun selepas berusaha meminta pekerjaan tiada rezki beliau mendapat pekerjaan.Selepas itu beliau membuat keputusan untuk meneruskan sahaja perniagaan online seperti yang beliau lakukan sebelum ini.Pada waktu itu beliau berjumpa dengan sahabat beliau Hafizi yang juga melakukan perniagaan online sama seperti beliau.Mereka berdua bercadang untuk bersama-sama meneruskan perniagaan online mereka.

Pada mulanya mereka bersama membuka kedai Idea Master Enterprise di Shah Alam dengan menyewa 1/2 kedai biasa.Agak kecil dan sempit ruangnya dengan harga sewanya RM1200 sebulan.Pada waktu itu,beliau hanya menerima dan menghantar pesanan kepada pelanggan.Lama kelamaan permintaan pelanggan semakin meningkat dari hari ke sehari sampai tidak cukup ruang untuk kedainya yang kecil itu..

                                kedai pertama mereka.

                             
                    

  permintaan baju yang banyak dalam keadaan kedai yang sempit dan kecil



Pada waktu itu hanya beliau dengan sahabatnya sahaja yang menjadi pekerja,tiada pekerja lain selain daripada mereka.Selepas kedai beliau yang kecil itu tidak dapat menampung permintaan yang sangat tinggi,mereka berdua bercadang untuk menyewa sebuah kedai yg lebih besar  dengan sewanya RM4200 sebulan.Pada mulanya beliau merasa takut kerana bimbang akan tidak mampu untuk membayar sewa pada setiap bulan, akan tetapi beliau menggambil risiko itu dan terus menyewanya.Pada sejak itu beliau menggambil seorang pekerja kerana tidak cukup tangan untuk melakukan semua pekerjaan bersama sahabatnya itu.Pada setahun ke satahuun perniagaan beliau semakin berkembang maju.

kini beliau mempunyai 7 anak syarikat di Shah Alam dibawah naungan IDEA MASTER HOLDINGS SDN.BHD dengan pelbagai jenis produk.iaitu pakaian sukan,cenderamata,printing baju,trofi,medal,plaque dan lain-lain.Rujuk gambar dibawah.

                                   struktur anak syarikat IDEA MASTER HOLDINGS SDN BHD



beliau kini juga telah mempunyai kilang printing sendiri.pada mulanya dulu,beliau hanya menempah dari kilang dan menghantar kepada pelanggan dan sekarang beliau mencetak baju itu sendiri dengan pelbagai design yang diminta dan dihantar kepada pelanggan.kini beliau telah mempunyai 40 orang staf di syarikat beliau.IDEA MASTER merupakan syarikat printing NO 1 di Shah Alam.

ANTARA GAMBAR DI SYARIKAT BELIAU



kilang printing IDEA MASTER sendiri..






IDEA MASTER juga menjual teddy bear yang comel

                                                  antara kakitangan IDEA MASTER


jom tengok video di kilang IDEA MASTER.
https://www.youtube.com/watch?v=MUtfAfw0Nx4

perancangan beliau dalam jangka masa panjang

  • beliau berharap agar IDEA MASTER berada disetiap negeri didalam Malaysia.
  • beliau juga menginginkan mempunyai seramai 100 orang kakitangan pekerja didalam syarikatnya.


kata-kata semangat beliau kepada pelajar kolej komoniti

  • jangan pernah merasa rendah diri apabila masuk ke kolej komoniti
  • rajin dalam melakukan semua perkara
  • jangan putus asa

kata-kata semangat beliau kepada pelajar dalam mengushakan perniagaan

  • beliau memberitahu,kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah iaitu jaga solat 5 waktu.solat sunat juga merupakan sebagai tambahan kepada kita  yang perlu kita lakukan seperti solat dhuha dan solat tahajud.
  • beliau juga mengatakan, kita perlulah sentiasa bersedekah dan lagi lebih afdal lagi bersedekah kepada kedua ibu bapa kita dan juga memberi kebahagian kepada mereka . 
  • selain itu,dalam perniaggan kita perlulah rajin mencari ilmu.
  • yang terakhir,untuk succes dalam perniagaan kita perlulah mempunyai seorang MENTOR yang harus kita contohi.
sekian sahaja dari kami...terima kasih...
#kksbbukanbiasa-biasa
#kksbrare




No comments:

Post a Comment